fbpx
Tangkap layar beberapa kenderaan behenti di tepi lebuh raya selepas kenderaan mengalami tayar pancit disyaki terlanggar paku.

‘Siapa punya kerja tebar paku di lebuh raya?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial satu video memaparkan beberapa kenderaan berhenti di tepi lebuh raya selepas dipercayai mengalami tayar pancit akibat terlanggar paku di laluan berkenaan.

Menerusi video berdurasi 16 saat yang dimuat naik di TikTok, kelihatan deretan kereta berhenti di bahu jalan selain beberapa pemandu dilihat sedang menukar tayar kenderaan masing-masing.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran kawasan Senawang menghala ke selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mendakwa kejadian sama pernah berlaku sebelum ini.

“Area Senawang selepas hentian Senawang hala selatan saya ada lalu masa itu, patutlah berderet kereta parkir rupanya paku ye,” kata Ijad.

Seorang lagi pengguna media sosial dikenali sebagai Man turut mendakwa pernah mengalami situasi sama minggu lalu.

“Sebelum simpang Senawang arah utara. Semalam aku hala selatan ingat eksiden, sekali berjemaah tukar tayar. Bas pun ada. Ada barang atas lebuh raya tu,” dakwa Badrul Musarifah.

Sementara itu, seorang pengguna meminta pihak PLUS melakukan siasatan terperinci susulan ramai pengguna jalan raya terjejas akibat insiden tersebut.

“Pihak peronda perlu buat pemerhatian dan siasat dengan terperinci kalau ramai pengguna kenderaan terlibat. Kesian pemandu kenderaan terutama yang perjalanan jauh.

“Membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain juga. Bagi kawasan gelap, pihak PLUS boleh pasang lampu atau guna lampu solar terutama di lokasi kerap berlaku kemalangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN