fbpx
Dua ekor burung spesies kakak tua Amazon yang ditinggalkan penyeludup di pangkalan haram Kak Nah, Tumpat kelmarin. FOTO IHSAN PGA

Penyeludup lari tinggal empat burung bernilai RM100,000 tepi Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Cubaan seorang penyeludup untuk membawa masuk empat ekor burung eksotik yang bernilai lebih RM100,000 secara haram gagal selepas kegiatannya itu dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Kak Nah di sini kelmarin.

Serbuan di kawasan pangkalan haram itu dijalankan kira-kira pukul 7 malam ketika suspek sedang leka memunggah beberapa sangkar dari sebuah bot di Sungai Golok

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek terus bertindak melarikan diri dengan menaiki bot ke arah sempadan Thailand selepas menyedari kehadiran anggota PGA.

“Pemeriksaan di kawasan itu menjumpai sangkar plastik yang berisi empat ekor burung dengan dua daripadanya merupakan spesies makaw biru kuning.

“Selain itu, dua lagi burung terdiri daripada spesies kakak tua Amazon yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemukan di dalam sangkar tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kesemua burung tersebut disyaki dibawa masuk tanpa permit sah untuk dijual kepada pembeli di negara ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN