fbpx
Afiq Muiz dikatakan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya semalam.

‘Rasa macam mimpi’ – Afiq Muiz rahsia identiti tunang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Afiq Muiz dikatakan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 34, dalam Threads.

Dalam hantaran tersebut, Afiq memuat naik foto bersama pasangan yang mengenakan pakaian senada berwarna hijau.

Bagaimanapun, aktor berkenaan memilih untuk terus berteka-teki apabila tidak mendedahkan wajah mahupun identiti tunangnya itu kepada umum.

Sementara itu, adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Aishah Azman, tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan syukur melihat lembaran baharu yang sedang dilalui abangnya ketika ini.

“Melihat awak melangkah ke fasa baharu ini memang terasa macam mimpi. Saya sangat gembira dapat menyaksikan detik ini untuk awak.

“Semoga kalian berdua dikurniakan kehidupan yang penuh dengan cinta, ketenangan, gelak tawa dan sebuah rumah yang sentiasa menjadi tempat paling selamat untuk satu sama lain.

“Semoga segala urusan dipermudahkan hingga ke hari perkahwinan dan seterusnya. Sangat bangga dengan awak, satu-satunya abang saya,” katanya.

Sekadar info, Afiq pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita, Pachara Apin pada tahun 2019 namun berpisah pada tahun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN