DENGAN tahap kelincahan, stamina dan pengalaman yang jauh lebih sedikit berbanding pasukan lain, sekumpulan remaja Malaysia tiba di Mexico tanpa banyak harapan diletakkan kepada mereka. Namun siapa sangka, mereka akhirnya pulang dengan satu pengiktirafan yang membuatkan nama Malaysia berdiri sebaris dengan negara-negara besar dunia dalam arena bola sepak sosial antarabangsa. Dalam kejohanan Street Child World Cup (SCWC) yang menghimpunkan hampir 28 negara dari seluruh dunia, sembilan remaja daripada Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur muncul sebagai pasukan dengan kutipan ‘green card’……














