fbpx

Sydney perlu enam juta dos vaksin untuk tamatkan ‘lockdown’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ahli farmasi menyediakan suntikan vaksin di Pusat Vaksinasi Daerah Kesihatan Tempatan Sydney di Camperdown pada 19 Februari lalu. -AFP

CANBERRA – Pihak berkuasa Australia berkata perintah berkurung di Sydney boleh dilonggarkan sekiranya separuh daripada populasi bandar itu sudah menerima suntikan vaksin, lapor laman The World News, kelmarin.

Negeri New South Wales yang menyumbang satu pertiga daripada semua aktiviti ekonomi Australia bergelut untuk mengekang lonjakan kes varian Delta Covid-19 di Sydney biarpun di bawah perintah berkurung yang dijangka akan tamat pada 29 Ogos ini.

Negeri itu kelmarin melaporkan 199 kes jangkitan tempatan Covid-19 bagi tempoh 24 jam terakhir.

Perdana Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian berkata sekatan boleh dilonggarkan sekiranya enam juta penduduk New South Wales diberi vaksin sebelum perintah berkurung dijadualkan tamat. 

“Enam juta dos vaksin dianggarkan sama dengan separuh populasi diberi sekurang-kurangnya satu dos atau dua dos lengkap,” katanya.

Berejiklian bagaimanapun tidak menjelaskan berapa ramai penduduk di New South Wales yang selesai divaksin sepenuhnya namun berkata negeri itu berada pada landasan betul untuk mencapai imuniti kelompok.

Biarpun Australia secara keseluruhannya mengekalkan jumlah kes Covid-19 yang rendah dengan hanya 34,500 kes dan 925 kematian, kelancaran vaksinasi negara itu terganggu akibat perubahan nasihat kesihatan berkenaan vaksin AstraZeneca dan kekurangan bekalan vaksin Pfizer.

Morrison menjangkakan akan mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

Kelmarin, Morrison menolak cadangan untuk menawarkan insentif kewangan kepada orang ramai untuk meningkatkan kadar vaksinasi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI