fbpx
Abby menitipkan doa agar kehidupan anaknya, Marrisa terus dilimpahi rahmat Allah SWT.

‘Api dalam sekam di mana-mana, jangan ulang lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada kelibat dalam majlis sambutan hari lahir ke-21 anaknya Marissa Dania Hakim, pelakon dan usahawan Abby Abadi tetap menitipkan doa buat pempengaruh media sosial sensasi itu agar sentiasa diberikan kehidupan yang terbaik pada masa depan.

Menurut Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, dia tidak akan pernah berhenti untuk mendoakan Marissa dan berharap semua impian yang dikejar tercapai satu hari nanti.

“Selamat hari ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke -21. Alhamdulillah. Sihat sempurna, cantik manis selalu anak mama ya.

“Maaf tak dapat sambut sama-sama hari ini (semalam). Terbanglah setinggi manapun dan gapailah segala impianmu.

“Doa mama sentiasa mengiringi,” katanya dalam hantaran media sosial.

Tambah Abby, dia menyifatkan Marissa sebagai anak yang baik sepanjang tempoh dibesarkan olehnya.

Dia juga menitipkan nasihat agar Marissa sentiasa berwaspada dengan semua yang perkara agar tidak terjebak dalam sebarang masalah lagi.

“Anak mama, mama yang jaga sejak dalam perut, lahir dalam kereta pun mama yang sambut. Anak yang baik dan cantik tetapi sebab nombor dua, sukar dijangka.

“Ketika tingkatan empat, belajar pandai tetapi mama gagal kawal. Maafkan mama ya adik.

“Sayang adik dunia dan akhirat. Jaga diri, api dalam sekam di mana-mana, jangan berulang lagi,” katanya lagi.

Semalam, Marissa dilihat diraikan dalam sebuah majlis yang turut dihadiri bapanya, Norman Hakim dan ibu tirinya, Memey Suhaiza.

Bagaimanapun kelibat Abby tidak kelihatan pada majlis tersebut.

Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan Abby dengan Norman yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum bercerai pada 2009.

Dua lagi anak daripada hasil perkahwinan mereka ialah Mohamed Danish Hakim, 23, dan Maria Danisha Hakim, 18. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN