fbpx
PENYERANG Sepanyol, Mikel Oyarzabal meraikan jaringan keduanya untuk bantu pasukan menang 3-0 ke atas Austria di pusingan 32 Piala Dunia 2026, hari ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol tepati ramalan layak ke pusingan 16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

LOS ANGELES – Sepanyol menepati ramalan apabila mudah mengatasi Austria 3-0 pada aksi pusingan 32 Piala dunia 2026 di Stadium Los Angeles, hari ini.

Kelibat penyerangnya, Mikel Oyarzabal menjadi nadi utama kepada kejayaan La Roja selepas menyumbangkan dua gol dan kini dijadualkan menentang pemenang aksi antara Portugal dan Croatia.

Terdahulu, Sepanyol yang dibimbing oleh Luis de la Fuente nyata menjadi pasukan lebih baik apabila menguasai permainan dan langsung tidak memberikan ruang buat Austria mencipta peluang terbaik.

Jaringan pertama terhasil pada minit ke-26, menyaksikan Marc Cucurella bijak melakukan umpanan berkualiti yang disempurnakan oleh Oyarzabal.

Kira-kira 21 minit selepas separuh masa kedua bersambung, Pedro Porro terus mengukuhkan kedudukan buat La Roja sebelum Oyarzabal melengkapkan jaringan keduanya pada minit ke-89.

Walaupun terpaksa akur dengan kualiti Sepanyol, ini turut menjadi pencapaian agak baik buat Austria yang mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun. AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN