fbpx
ANGGOTA pasukan keselamatan Syria berada di lokasi letupan sebuah kafe di Damsyik semalam. – AFP

9 maut letupan bom di kafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DAMSYIK – Letupan bom menggegarkan sebuah kafe di ibu negara Syria, Damsyik semalam,  membunuh sembilan orang dan mencederakan 20 yang lain, kata pihak berkuasa.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman tersebut.

Kejadian berhampiran Istana Kehakiman yang merupakan bangunan penting kerajaan itu mencetuskan suasana panik.

Letupan di sebuah kafe berhampiran Istana Keadilan ini berpunca daripada bom  yang ditanam.

“Bom buatan sendiri itu diisi  serpihan logam  yang menyebabkan ‘kecederaan parah dan kerosakan besar,’  kata  kementerian dalam negeri dalam kenyataan di platform Telegram.

Polis masih meneliti rakaman sistem televisyen litar tertutup,  bercakap dengan saksi dan mengumpul bukti forensik di lokasi kejadian, kata kementerian sama.

Damsyik menjadi sasaran pelbagai serangan dan insiden sejak kerajaan baharu berkuasa.

Insiden paling berdarah berlaku pada Jun 2025, apabila serangan ke atas sebuah gereja di Damsyik membunuh 25 orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN