fbpx

Lima atlet renang berirama Greece positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA daripada 12 atlet renang berirama Greece dikesan positif Covid-19. - AFP

PENGANJUR sukan Olimpik Tokyo 2020 mengesahkan bahawa pasukan renang berirama Greece akan diketepikan daripada saingan acara tersebut berikutan lima daripada 12 orang ahlinya positif Covid-19 hari ini.

Jurucakap penganjur kejohanan, Takaya Masa menyatakan, kesemua atlet berkenaan telah dikeluarkan daripada perkampungan sukan dan kini dalam proses kuarantin.

“Kami akan mengetatkan lagi pemantauan terutamanya di perkampungan sukan.

“Pasukan Greece melakukan pengorbanan besar dan menghadapi kesukaran ketika datang ke Jepun. Berita ini pasti menghampakan semua pihak,” katanya.

Penganjur memberitahu, sebanyak 29 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini dan merupakan angka harian tertinggi melibatkan kesemua yang terlibat dalam sukan Olimpik Tokyo.

Sehingga hari ini, sebanyak 327 kes Covid-19 melibatkan sukan Olimpik dilaporkan termasuk 32 kes daripada perkampungan sukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI