ATHENS – Penyerang menyasarkan rumah tiga ahli politik daripada parti pemerintah Greece dengan bahan letupan buatan sendiri semalam, menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera, kata polis.
Serangan waktu subuh di bandar Thessaloniki, utara Greece itu menyasarkan tokoh daripada Parti Demokrasi Baharu dengan bom diperbuat daripada botol gas.
Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis yang memimpin Parti Demokrasi Baharu menyuarakan ‘kemarahan dan kebencian’ terhadap apa yang beliau sifatkan sebagai ‘serangan pengecut, pengganas dan pembunuhan’.
Laman berita Kathimerini melaporkan, ibu bapa bekas calon parti berkenaan, Afroditi Nestora cedera dan dibawa ke hospital.
Ia mengenal pasti dua sasaran lain sebagai presiden jawatankuasa eksekutif parti itu, Zisis Ioakimovic dan bekas ahli Parlimen, Savvas Anastasiades.
Ibu Nestora meninggal dunia petang semalam, demikian menurut hospital Thessaloniki tempat mangas dirawat.
“Empat kenderaan di garaj rumah Nestora turut terbakar,” kata polis.
Polis tidak menyebut mengenai suspek atau motif serangan dan masih menyiasat kes tersebut. – AFP














