fbpx

Azizulhasni, Shah Firdaus berdepan laluan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (kiri) akan berdepan Hoogland pada pusingan ketiga esok untuk mencari slot ke suku akhir acara sprint. - SAzizulhasni akan berdepan Hoogland pada pusingan ketiga esok. - AFP

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom meneruskan misi untuk membawa pulang pingat buat negara apabila melangkah ke pusingan ketiga acara pecut di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, pelumba negara dijangka berdepan tentangan sengit apabila dijadual berdepan juara pingat emas Olimpik 2020 dari Belanda di pusingan ketiga esok.

Dua pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland dan Harrie Lavreysen masing-masing turun dengan rekod terbaik di temasya tersebut selepas meraih emas dalam acara pecut berpasukan semalam.

Ia pasti akan menjadi satu lagi lawan mencabar buat pelumba negara selepas Azizulhasni akan berdepan Hoogland pada pusingan ketiga esok.

Shah Firdaus yang sebelum ini tewas kepada juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen dalam aksi pusingan kelayakan akan berdepannya sekali lagi dalam saingan pusingan ketiga.

Pemenang dalam acara tersebut akan layak secara automatik ke suku akhir, manakala yang tewas perlu memburu tempat ke suku akhir menerusi aksi repechage. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI