fbpx
ELFIRA LOY bersama anak lelakinya, Rayyan.

Lebih fikirkan sambutan hari lahir anak, Elfira dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – JIka kebanyakan orang berasa tertekan bagaimana hendak mengisi perut dan meneruskan hidup ekoran Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021,  lain pula halnya dengan pelakon Elfira Loy.

Ibu muda berusia 27 tahun itu sebaliknya lebih memikirkan soal sambutan hari lahir anak sulungnya, Rayyan yang dilahirkan Oktober 2019 mungkin terpaksa dibatalkan. Perkara tersebut dikongsikan Elfira atau nama lengkapnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu menerusi InstaStory.

“Sampai Disember? Dead (matilah). Okey, tiada sambutan hari lahir untuk Rayyan. Batal semuanya,” tulis Elfira yang turut mengulang siar satu siaran akhbar dari Kementerian Kesihatan.

Tindakan pelakon yang popular menerusi drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu yang seakan-akan hanya memikirkan soal majlis hari jadi anak ternyata mengundang kecaman hebat netizen menerusi Twitter.

“Orang lain risau tiada sumber pendapatan, tiada duit nak makan minum nak teruskan kehidupan.

TANGKAP layar ciapan dan perkongsian Elfira Loy yang menjadi kecaman ramai dalam media sosial.

“Dia risau tak boleh sambut hari ulang tahun anak. Oh, jadi artis seperti Elfira Loy, artis T20 tak laku dia mungkin fikir dunia ini tentang dirinya sahaja,” ujar seorang netizen bernada pedas.

Pada masa, Elfira yang cukup dikenali menerusi drama Tentang Bulan The Series juga dikecam apabila mempersoalkan tentang protes #Lawan di Dataran Merdeka.

“Tapi kalau pergi protes sewaktu lockdown tidak mengapa eh merentas. Mungkin semua orang kawasan sana lah kot. Bukan marah cuma taknaklah kena saman apa semua kan,” tulisnya.

Terdahulu, satu perarakan protes oleh sekumpulan individu lengkap berpakaian hitam telah diadakan pada Sabtu dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka. – K! ONLINE