fbpx

Britain sumbang 800,000 dos vaksin kepada Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 800,000 dos suntikan vaksin AstraZeneca akan disumbangkan kepada Kenya. – AFP

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bakal menyumbangkan sebanyak 800,000 dos suntikan vaksin AstraZeneca kepada Kenya bagi membantu negara itu memperluaskan pelaksanaan program inokulasi Covid-19, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Buat masa ini, kira-kira hanya dua peratus daripada populasi negara sekutu Britain di Afrika Timur itu yang telah menerima suntikan vaksinasi.

Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta sebelum itu terbang ke London pada malam kelmarin untuk bertemu dengan Johnson bagi membincangkan mengenai perkara tersebut. 

“Ini adalah satu tindakan yang tepat di mana Britain terus memberikan suntikan vaksin besar-besaran ke seluruh dunia. Kami menyokong usaha negara-negara lain untuk mengawal pandemik ini.

“Tiada seorang pun yang selamat daripada virus ini sehingga kita semua selamat,” kata seorang sumber pegawai kanan kerajaan Britain.

Sementara itu, sumbangan vaksin AstraZeneca tersebut adalah tranche pertama bagi sejumlah 100 juta dos vaksin yang akan dikongsi oleh Britain bersama beberapa negara miskin menerusi program Covax.

Johnson sebelum ini berikrar untuk menyumbangkan sebanyak lima juta dos vaksin kepada negara memerlukan menjelang penghujung September ini.

Beberapa negara lain dijangka turut menerima sumbangan vaksin dari Britain yang akan diumumkan dalam masa beberapa minggu akan datang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI