fbpx

AstraZeneca tarik balik vaksin Covid-19 seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suntikan Covid-19 AstraZeneca dibangunkan oleh Universiti Oxford. - AFP

LONDON – Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia, beberapa bulan selepas ia mengaku vaksin tersebut mempunyai kesan sampingan yang berbahaya, lapor akhbar Daily Mail.

Suntikan yang dibangunkan oleh Universiti Oxford itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat tersebut secara sukarela menarik balik kebenaran pemasarannya, berkuat kuasa semalam.

Permohonan serupa untuk menarik balik vaksin akan dibuat di negara lain yang telah meluluskannya sebelum ini.

Pihak Berkuasa Barangan Terapeutik Australia telah menghentikan penggunaan vaksin tersebut pada April 2023.

Vaksin itu, yang pernah digembar-gemburkan sebagai ‘kejayaan untuk sains Britain’, telah berada di bawah pengawasan ketat dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk kesan sampingan yang sangat jarang berlaku. Ia didakwa menyebabkan pembekuan darah dan kiraan platelet darah rendah.

AstraZeneca mengakui pada Februari lalu bahawa vaksin itu boleh (dalam kes yang sangat jarang berlaku) menyebabkan Trombosis dengan Sindrom Thrombocytopenia. Ia dikaitkan dengan lebih 80 kematian di Britain serta ratusan kecederaan serius.

Lebih 50 mangsa dan ahli keluarga yang terjejas kini menyaman syarikat itu dalam kes di mahkamah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI