fbpx

Harga siling minyak masak lima kg RM30 sebotol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemantauan bekalan minyak masak di beberapa premis perniagaan di seluruh negara, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan memutuskan untuk mewartakan minyak masak lima kilogram (kg) tidak bersubsidi pada kadar RM30 sebotol.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pewartaan harga siling minyak masak botol itu bertujuan mengelak isu lonjakan harga sehingga membebankan pengguna seperti pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, ia selaras dengan program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Kerajaan bersetuju untuk menetapkan harga runcit bagi minyak masak sawit lima kg tidak melebihi RM30 sebotol. Pewartaan harga maksimum tersebut akan dilakukan tidak lama lagi.

“Ia bertujuan untuk mengatasi isu kenaikan mendadak minyak masak botol lima kg yang pernah mencecah sehingga RM35 pada bulan Jun lalu,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Rosol berkata, pemantauan KPDNHEP mendapati harga minyak masak botol lima kg di pasaran kini sudah semakin stabil dan di bawah RM30 sebotol.

Jelas beliau, berdasarkan laporan diberikan Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP), harga tertinggi botol minyak masak lima kg di pasaran ialah RM29.50. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI