fbpx
Azman Hakim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan menghina Kerabat Terengganu hari ini.

Lelaki mengaku bersalah hina, ugut Kerabat Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan membuat hantaran bersifat menghina dan mengancam beberapa ahli Kerabat Terengganu menerusi aplikasi X.

Tertuduh, Azman Hakim Hassanuddin, 35, membuat pengakuan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, Azman Hakim didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik melampau serta mengancam menerusi akaun X miliknya pada 19 Februari lalu.

Berdasarkan empat pertuduhan, tertuduh didakwa membuat hantaran komunikasi yang jelik melampau sifatnya pada pukul 2.25 petang, 4.19 petang, 4.20 petang dan 4.29 petang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Bagi satu lagi pertuduhan, dia didakwa membuat hantaran komunikasi yang mengancam pada pukul 3.46 petang dengan niat untuk mengugut seseorang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab memohon agar tertuduh dihantar ke hospital psikiatrik untuk pemerhatian serta penilaian psikiatrik bagi menentukan sama ada layak dibicarakan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan tersebut lalu memerintahkan tertuduh dihantar ke hospital psikiatrik serta ditahan reman tanpa jaminan sehingga laporan psikiatrik diperoleh.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Ogos ini bagi mendapatkan laporan psikiatrik berhubung tahap kesihatan mental tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN