fbpx

Yuran konvokesyen UiTM dikurangkan RM40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) memberikan pengurangan sebanyak RM40 kepada para graduan bagi yuran konvokesyen sesi 93 hingga 95.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Nora Noordin berkata, pengurangan tersebut diberi secara automatik kepada semua peringkat pengajian di UiTM.

Katanya, ini meliputi ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, program profesional dan diploma dalam mengurangkan beban kewangan yang perlu dibayar oleh para graduan.

“Kadar yuran konvokesyen yang dikenakan kepada para graduan pada setiap sesi konvokesyen adalah antara RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian.

“Justeru, melalui pengurangan sebanyak RM 40, para graduan hanya perlu membayar antara RM110 hingga RM190 sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, jumlah pengurangan bagi semua graduan sesi Konvokesyen ke-93, 94 dan 95 adalah sebanyak RM3juta.

Tambah Nora, perancangan asal UiTM adalah untuk melaksanakan istiadat konvokesyen secara fizikal namun, penularan Covid-19 yang masih lagi serius membantut usaha tersebut kerana keselamatan dan kesihatan umum perlu diutamakan.

“Pengurusan tertinggi UiTM juga telah memutuskan bahawa sama ada istiadat konvokesyen secara fizikal boleh dilaksanakan atau tidak pada tahun ini adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

“Sehubungan itu, graduan yang telah membuat bayaran yuran konvokesyen akan dimaklumkan untuk mengisi e-Borang Pemulangan Yuran Konvo ke-93 bagi pemulangan RM40,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Nora berkata, graduan yang belum membayar yuran konvokesyen pula bil yuran akan
dibatalkan dan akan dijanakan bil yuran yang baharu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI