fbpx

Jual sijil vaksinasi palsu harga RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sijil vaksinasi Covid-19 palsu yang dijual secara pukal di Indonesia. - Istimewa

JAKARTA – Satu sindiket di Indonesia yang menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu dikesan di media sosial apabila menawarkan harga 4,000 rupiah (RM1.15) bagi 50 helai, lapor Suara.com.

Menurut kemas kini di laman Facebook itu, sijil palsu itu dijual secara pukal dan sudah dihebahkan di semua platform online.

“Satu ikat sijil vaksinasi Covid-19 hanya RM1.15 bagi 50 helai,” demikian penerangan pada gambar yang dimuat naik.

Sijil palsu itu kelihatan seperti sijil asli dengan ruang untuk nama penerima vaksin, tarikh vaksinasi dan juga kod imbasan QR.

Penyebaran iklan sijil palsu itu menerima banyak kritikan netizen yang mengecam pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi genting seperti sekarang.

“Masih wujud pihak yang mementingkan diri seperti ini. Dahulu ada kes jual keputusan ujian saringan, sekarang jual sijil vaksinasi pula,” komen seorang pengguna media sosial.

“Orang Indonesia memang kreatif. Jadi apa motif saya disuntik vaksin dua kali jika ada yang senang-senang menjual sijil palsu seperti ini,” tulis seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI