fbpx

‘Jangan berlagak tayang sijil vaksinasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan lelaki menayang sijil digital vaksinasi.

PETALING JAYA – Gelagat sekumpulan lelaki seolah-olah berbangga dapat menikmati hidangan di sebuah kedai makan sambil menayang sijil digital vaksinasi pada telefon pintar masing-masing dikecam netizen baru-baru ini.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 13 saat yang dikongsi @Jamalhujan di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki menunjukkan sijil digital vaksinasi sambil menikmati hidangan di atas meja.

Menerusi video itu, dia merakam gelagat rakannya yang gembira apabila akhirnya dapat melakukan aktiviti ‘dine-in’ setelah beberapa bulan ‘berkurung’ di rumah.

Perkongsian tersebut, meraih 1.8 juta tontonan dan 7,363 komen pengguna sosial media yang memberikan pelbagai reaksi terhadap sikap ‘angkuh’ dan disifatkan tidak menjaga sensitiviti orang ramai.

“Penyebab merebak jangkitan Covid-19, walaupun dah cukup dos duduk rumah sahaja,” kata @AmirAshraff

“Jagalah sikit hati orang ramai, walaupun dah lengkap dos tak perlu menunjuk-nunjuk sijil itu,”@SulaimanZabyy

“Budak-budak baru dapat sijil vaksin, janganlah berlagak macam dia seorang ambil vaksin,” @Ilasuhaila

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai kerana banyak individu yang masih belum lengkap vaksinasi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI