fbpx

Penipuan sijil vaksinasi turut dikesan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kes penjualan sijil vaksinasi palsu turut dikesan membabitkan beberapa doktor di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, perkara itu kini dalam siasatan pihak polis.

“Jumlahnya tidak terlalu banyak tetapi kes ini tetap disiasat polis serta Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

“Sama ada pusat kesihatan swasta atau kerajaan yang terlibat, itu pun saya tidak boleh dedahkan,” katanya yang enggan mendedahkan butiran kes tersebut secara terperinci.

Beliau ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Katanya, siasatan sama ada kes itu mempunyai kaitan dengan urusan pembelian sijil vaksinasi palsu di Terengganu juga sedang dijalankan.

Sementara itu katanya, jumlah pelajar yang positif Covid-19 di Maktab Mahmud Pendang hari ini bertambah kepada 106 orang.

“Seramai 73 daripada mereka ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Wawasan, 16 di PKRC Kulim dan 17 lagi di rumah masing-masing.

“Kesemua yang positif tidak dibenarkan tinggal di asrama dan setakat ini jangkitan hanya membabitkan pelajar dan tidak melibatkan guru,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI