fbpx

Selangor sambut baik iktiraf sijil vaksinasi SELangkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Keputusan membenarkan penggunaan sijil vaksinasi SELangkah dianggap pengiktirafan terhadap inisiatif kerajaan Selangor bagi menangani pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan sijil itu bagi penerima di bawah program Vaksinasi Selangor (SelVax).

“Kerajaan negeri menyambut baik kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sidang media beliau yang bersetuju mengenai perkara berkenaan.

“Keputusan itu dilihat suatu bentuk pengiktirafan terhadap inisiatif yang dilaksanakan Selangor bagi melengkapi usaha Kerajaan Persekutuan memerangi Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, jelasnya , rakyat Selangor yang belum menerima sijil vaksinasi digital MySejahtera kini boleh menggunakan sijil vaksinasi dalam aplikasi SELangkah.

“Sijil itu boleh digunakan sebagai dokumen pengesahan bagi keperluan aktiviti harian mereka,” ujarnya.

Kelmarin, Siti Mariah memaklumkan kerajaan negeri sudah memohon kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) supaya penerima vaksin di bawah (SelVAX) diberi kebenaran menggunakan sijil vaksinasi digital SELangkah buat sementara waktu.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI