fbpx

Kerajaan iktiraf sijil vaksinasi Covid-19 Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

DOHA – Kerajaan Malaysia dan Qatar telah bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 masing-masing secara rasmi sebagai sebahagian daripada rangka kerjasama pasca-pandemik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan turut bersetuju untuk mengintegrasi aplikasi EhTeRaz dari Qatar dan MySejahtera.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan Qatar yang telah memberikan kemudahan vaksinasi Covid-19 secara percuam kepada lebih 4,500 orang rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar.

“Pada masa sama, Malaysia juga turut memberi kemudahan vaksinasi Covid-19 secara percuma kepada rakyat Qatar di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan rasminya ke negara tersebut semalam.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan juga mengalu-alukan pelancong dari Qatar apabila pintu sempadan negara dibuka.

Sementara itu, beliau memaklumkan, terdapat peningkatan signifikan pada nilai dagangan Malaysia dan Qatar.

“Nilai dagangan pada dua bulan pertama 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 30.9 peratus kepada RM610 juta berbanding RM470 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya,” katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 14 syarikat pembinaan Malaysia telah berjaya menyempurnakan 59 projek bernilai RM16.87 juta (AS$4 bilion) di Qatar.

“Saya juga berterima kasih kerana Qatar memilih Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan di Asia Tenggara, khususnya projek hartanah dan sektor perkhidmatan.

“Sehingga hari ini, nilai pelaburan Qatar di Malaysia melebihi RM13.49 bilion (AS$3.2 bilion),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI