fbpx

Tidak perlu kemuka sijil vaksinasi untuk masuk ke Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARAT mandatori penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dihapuskan. – Arabian Business

RIYADH – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan bahawa sijil vaksinasi Covid-19 tidak lagi menjadi syarat mandatori untuk kemasukan penumpang ke negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette.

Kementerian itu memaklumkan bahawa semua sekatan kesihatan utama yang dikenakan ke atas pelancong asing ke negara itu berkaitan pandemik Covid-19 telah ditarik balik.

Antaranya termasuk mengemukakan sijil vaksinasi, keputusan negatif bagi ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) sebelum pergi atau sejurus tiba di negara itu serta keperluan kuarantin di kemudahan disediakan atau di rumah.

Keputusan menarik balik sekatan itu dibuat berdasarkan penurunan mendadak dalam kadar kes positif koronavirus di Arab Saudi serta kadar vaksinasi untuk penduduk berusia 12 tahun ke atas yang telah mencecah 99 peratus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI