fbpx

Kerajaan perlu campur tangan selesaikan isu berkaitan pekerja – MTUC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan menyelesaikan segera isu pekerja yang tidak dibayar gaji oleh majikan serta tidak diperlakukan dengan adil oleh syarikat.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan perlu menggunakan semua kaedah yang ada untuk menyelesaikan isu ini agar kebajikan pekerja sentiasa terbela.

Beliau berkata, dalam keadaan suasana yang luar biasa dan tidak di jangka ini, kerajaan mesti lebih peka serta sensitif terhadap sebarang perubahan dasar yang di buat.

Tambahnya, kerajaan perlu membantu mengekalkan pekerjaan pekerja dengan memberi pelbagai insentif kepada majikan dan pekerja.

“Sebagai contoh, isu pekerja industri perkayuan iaitu Syarikat Sabah Forest Industri (SFI) di Sabah yang tidak dibayar gaji selama tiga bulan dan terpaksa hadir bekerja.

“Ini adalah antara insiden yang memerlukan campur tangan kerajaan bagi memastikan kebajikan pekerja terus terjaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, isu pekerja di SFI adalah sebahagian daripada kisah pekerja luar bandar yang bekerja tetapi di biarkan dan tidak dipedulikan oleh pihak yang ada kuasa.

“Apakah kesudahan pekerja-pekerja ini, apakah undang-undang tidak terpakai kepada syarikat dan adakah wajar pekerja mengambil tindakan berasaskan kepada kemahuan mereka,” soalnya.

Jelasnya, pekerja SFI sudah mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan perhatian kerajaan dan tindakan ini terpaksa dilakukan bagi memastikan kelangsungan kehidupan keluarga mereka.

Pada masa sama, Kamarul Baharin turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyelesaikan isu pekerja pembersihan di sekolah dengan mengumumkan bahawa tiada pemotongan bayaran terhadap kontraktor.

Katanya, isu ini dapat diselesaikan dengan kesanggupan kerajaan untuk bertanggungjawab.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI