fbpx

14 juta individu disasar lengkap vaksinasi Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi ( dua kiri ) selepas ketika penyampaian sumbangan peralatan perlindungan diri ( PPE) di PPV Tanjong Karang. foto -MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS.

KUALA SELANGOR – Kerajaan menyasarkan 14 juta individu di negara ini menerima vaksinasi penuh menjelang hujung Julai ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sasaran itu bersandarkan kepada bekalan vaksin yang banyak akan tiba di negara ini pada bulan depan.

Katanya, setakat ini hampir 7.9 juta dengan 6.8 peratus daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan sejak Februari lalu.

“Kita ingin meningkatkan sekali ganda dalam tempoh sebulan ini bagi penerimaan dua dos suntikan tersebut supaya berjaya mencapai salah satu indikator nilai ambang iaitu 10 peratus dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sekarang kita pakai vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Selain itu, akan datang adalah jenis CanSino untuk diberikan kepada orang pedalaman dan Orang Kelainan Upaya (OKU) selain Sputnik V serta Johnson & Johnson yang merupakan kaedah satu dos vaksin,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tanjong Karang di sini hari ini.

Noor Azmi menjelaskan pihaknya akan meningkatkan lagi jumlah PPV di seluruh negara dan program outreach vaksinasi Covid-19.

“Pujuklah semua orang sama ada mereka telah divaksinasi atau belum. Banyak tanya saya, mereka terpaksa menunggu lama namun bekalan vaksin akan datang bulan depan dan kali ini kita akan terus melakukan suntikan sahaja dalam mencapai sasaran 10 peratus itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Shari Ngadiman berkata, Selangor akan mempertingkatkan kadar vaksinasi di negeri itu kepada 2.5 kali ganda susulan penerimaan lebih 4 juta dos vaksin pada Julai ini.

“Langkah itu termasuk memendekkan tempoh menunggu bagi suntikan kedua. Kita juga akan menumpukan kepada kawasan-kawasan yang mencatatkan jumlah kes tertinggi terutamanya di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD),” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI