fbpx
AHMAD ketika melakukan lawatan turun padang di Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Tinggi di sini hari ini. Foto MASTURAH SURADI/KOSMO!

Jambatan Kota Tinggi Bypass siap penghujung Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Projek menaik taraf Jambatan Kota Tinggi Bypass di sini yang bakal menjadi mercu tanda baharu di daerah ini dijangka siap pada 28 Julai ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, projek bernilai lebih RM104 juta melibatkan jalan berkembar empat lorong dua hala itu kini mencapai tahap kemajuan kira-kira 85 peratus.

Katanya, projek itu merupakan sebahagian daripada projek mitigasi banjir yang dilaksanakan di daerah ini susulan keadaan jambatan lama yang didapati terlalu rendah.

“Jambatan baharu ini dibina dengan panjang keseluruhan 464 meter dan lebar 22.6 meter, ia turut dilengkapi empat lorong. Dimana pembinaan projek itu telah bermula pada 10 September 2020,” katanya ketika melakukan lawatan turun padang di Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Tinggi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, sebanyak 24 projek tambahan blok sekolah akan dilaksanakan di daerah ini sebagai perintis penempatan murid enam tahun ke darjah satu pada 2027.

Katanya, projek berkenaan menggunakan kaedah modular dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan lapan projek diberi keutamaan mulai Mei ini dan selebihnya dilakukan secara berperingkat.

“Semuanya 24 dari 40 projek berkenaan dilaksanakan di Kota Tinggi. Jadi ini di bawah tanggungjawab JKR sebagai agensi pelaksana menggunakan kaedah modular IBS dan boleh siap dalam tempoh enam bulan atau kurang kerana hujung tahun mesti dah siap,” katanya.

Ahmad juga memaklumkan sehingga April 2026, sebanyak RM42.863 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk pembaikan jalan, sistem perparitan serta penambahbaikan perabot jalan serta papan tanda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN