JAKARTA – Sekumpulan jurugambar di Indonesia berdepan pengalaman menyakitkan hati apabila mereka dihalang oleh seorang wanita untuk merakam gambar pasangan pengantin baharu, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dikongsikan di platform Instagram oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan beberapa jurugambar sedang merakam gambar pengantin lelaki dan perempuan duduk di atas pelamin.
Mereka kemudian menyuruh pengantin lelaki mengucup dahi pengantin perempuan bagi mendapatkan gambar yang cantik.
Situasi ceria bertukar tegang apabila seorang wanita tiba-tiba bersuara dan melarang pasangan pengantin berbuat demikian.
Rakaman itu mencatatkan lebih 8.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Mereka sudah sah puan,” kata seorang netizen.
“Ini adalah detik sudah sah sebagai suami isteri, detik yang tidak boleh diulang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














