fbpx

Saya suap anak sendiri, bukan suami orang – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASMIN bersama anak lelakinya, Ian Haziq.

PETALING JAYA – “Kalau tak suka jangan tengok.”

Itu respons terkilan pelakon, Jasmin Hamid, 46, selepas aksinya menyuap makanan kepada anak lelakinya, Ian Haziq, 20, menerima kecaman hebat daripada netizen.

Pelakon drama Cukup Derita turut menzahirkan rasa rasa pelik mengapa amalan murni dalam keluarga sebegitu mahu dipertikaikan netizen pada hari ini.

“Masalah betul dengan orang yang kurang kasih sayang ini. Inilah namanya penyakit hati. Kalau tidak suka jangan tengok.

“Bila suap anak orang geli tetapi kalau pasangan kekasih suap-menyuap, nampak sweet pula ya? Dunia akhir zaman,” tulisnya dalam satu entri Instagram.

Tambah Jasmin, aksi sebegitu tidak sepatutnya dijadikan bahan kecaman kerana hanya memaparkan hubungan kasih sayang sebuah keluarga.

Malah, anak-anaknya juga tidak malu dan berasa kekok apabila disuap makanan oleh ibu mereka.

“Saya suap anak saya, bukannya anak atau suami orang lain. Walaupun anak-anak saya sudah beruban, saya tetap akan suapkan mereka selagi saya sihat.

“Anak-anak saya sikit pun tak malu dengan perkara tersebut sebab keluarga kami sudah diajar untuk saling sayang-menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan,” ujarnya.

Ujar pelakon mengakui sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar erti kasih sayang.

Ujarnya, Jasmin juga sangat merindui belaian kedua ibu bapanya dan sangat sedih kerana banyak institusi kekeluargaan musnah kerana kurang kasih sayang.

“Saya sendiri sudah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman daripada ibu bapa saya. Rindu yang amat. Ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibu bapa dan keluarga.

“Sedih tengok ramai keluarga yang berpecah-belah sebab keluarga tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat-menghormati antara anak-beranak sejak kecil. Bila sudah besar, semua buat hal masing-masing,” katanya.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, Jasmin turut memuat beberapa foto dia menyuap makanan kepada ibu, bapa dan anaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI