fbpx

Kelantan mampu capai imuniti kelompok Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (dua dari kiri) bertemu dengan penerima vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kelantan berupaya mencapai sasaran imuniti kelompok apabila seramai 1.2 juta rakyat di negeri ini bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Oktober ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya turut memberi jaminan bahawa sebanyak 550,000 dos bekalan vaksin akan dibekalkan kepada negeri itu pada bulan depan.

Menurutnya, beliau yakin sekiranya bekalan vaksin itu tiba tidak lama lagi, golongan dewasa di negeri Kelantan akan dapat disuntik sepenuhnya pada Oktober.

“Sehubungan dengan itu, lima buah PPV akan dibuka di Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas dan Kuala Krai.

“Saya berharap semua penduduk Kelantan menerima vaksin Covid-19 untuk mencapai sasaran imuniti kelompok tidak termasuk golongan diaspora (orang Kelantan yang tinggal di luar),” katanya pada sidang akhbar di bilik gerakan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menghadiri mesyuarat Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Kebangsaan dan Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, menurutnya, perkembangan imunisasi di Kelantan dilihat baik dengan peningkatan kadar suntikan sebanyak 12,000 sehari.

Katanya, beliau turut yakin sasaran kerajaan negeri untuk memberi suntikan sebanyak 30,000 sehari mampu tercapai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI