fbpx

Kes keracunan makanan di Malaysia menurun tahun lalu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes keracunan makanan pada tahun lalu dilaporkan menurun sehingga 44.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun lalu, negara merekodkan 288 kejadian keracunan makanan berbanding 516 kes pada tahun 2019.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada tahun lalu, negara bagaimanapun dikejutkan dengan isu kejadian keracunan makanan serius sehingga membawa kematian.

Beliau berkata, antara kejadian keracunan makanan yang berlaku disyaki berpunca daripada memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian.

“Walaupun situasi kejadian keracunan makanan di Malaysia masih terkawal, KKM memandang serius mengenai kejadian kes keracunan makanan.

“Ini menunjukkan bahawa soal keselamatan dan kebersihan makanan tidak boleh dipandang ringan,” katanya menerusi kenyataan akhbar sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang disambut hari ini.

Katanya, walaupun negara kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19, KKM tetap memastikan aktiviti pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan terhadap tahap kebersihan premis makanan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI