fbpx

Bawa dadah RM4.2 juta lalu SJR guna surat MITI palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid menunjukkan surat MITI palsu yang digunakan suspek untuk meloloskan diri daripada sekatan jalan raya.

MELAKA – Kelicikan dua lelaki menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) palsu untuk membawa dadah bernilai RM4.2 juta merentas negeri akhirnya tumpas apabila dicekup polis, minggu lalu.

Kedua-dua suspek lelaki masing-masing 39 tahun dan 42 tahun itu ditahan ketika menaiki kereta jenis Volkswagen Passat kira-kira pukul 5.15 petang di Tanjung Kling, 12 Mei lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, penahanan itu merupakan susulan daripada kejayaan tangkapan pertama apabila polis merampas 54 kilogram dadah jenis syabu yang dibawa di dalam sebuah kereta Passat, pada Januari lalu.

Katanya, pihaknya telah melancarkan Op Passat 2 dan berjaya memberkas dua lelaki setelah dikesan membawa 104 kilogram syabu bernilai RM4.2 juta.

“Kumpulan ini berjaya ‘lolos’ ke Melaka dengan membawa RM4.2 juta selepas berjaya mengaburi pihak berkuasa dengan menggunakan taktik surat MITI palsu ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

“Suspek mendakwa mereka menjalankan perniagaan alat ganti kenderaan untuk melepasi sekatan SJR.

“Malah, pemeriksaan rambang gagal mengesan kegiatan mereka disebabkan suspek telah mengubah suai bahagian kerusi belakang sehingga but kenderaan yang diluaskan bagi menyimpan kesemua dadah dibawa mereka,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Narkotik, Superintendan Zulkiflee Rashid.

Katanya, hasil lanjut soal siasat, sepasukan pegawai dan anggota dari JSJN turut menyerbu sebuah rumah di Muar dan memberkas sepasang kekasih dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut.

“Suspek lelaki berusia 40 tahun merupakan seorang ahli kimia yang pernah terlibat dalam sindiket makmal dadah di Muar, Johor.

“Dengan kerjasama Maritim Malaysia (APMM), kita percaya dadah bernilai RM4.2 juta ini adalah bekalan untuk pasaran negara-negara luar yang akan diedarkan melalui jalan laut.

“Kita juga percaya, kedua-dua suspek yang ditangkap di Tanjung Kling itu sedang menunggu bekalan dadah itu diambil oleh ‘contact’ mereka menggunakan laluan perairan.

“Dalam pemeriksaan, polis turut merampas mata wang asing berjumlah RM713 selain barang kemas bernilai RM22,506,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI