fbpx
Gambar hiasan.

Penagih tegar didakwa ceroboh bilik, cium wanita 50 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita berusia 50 tahun trauma rumahnya bukan sahaja dicerobohi lelaki tidak dikenali disyaki penagih dadah malah dicium mukanya di sebuah pangsapuri di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi tersebut, tukang cuci terbabit berada di dalam bilik tidurnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, mangsa terpinga-pinga setelah bilik tidurnya dimasuki suspek sebelum mukanya dicium.

“Suspek sempat menggugut mangsa agar tidak menjerit mahupun membuat bising sebelum beredar.

“Wanita terbabit kemudiannya membuat laporan berhubung kes tersebut di Balai Polis Chabang Tiga pada pukul 9.08 pagi semalam,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, suspek kemudiannya berjaya diberkas di sekitar bandar raya ini tidak lama kemudian.

Beliau berkata, berdasarkan semakan, lelaki itu merupakan penagih dadah tegar yang mempunyai beberapa rekod jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN