fbpx

Aksi Cavani pukau Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI meledak dua gol, namun ia gagal membantu United mencatat kemenangan apabila tewas 2-3 kepada Roma pada aksi di Stadium Olimpico awal pagi semalam. - AFP

ROM – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji aksi penyerangnya, E­dinson Cavani selepas menja­ringkan dua gol ketika tewas 2-3 kepada AS Roma pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Europa di Stadium Olimpico awal pagi semalam.

Walaupun tewas, namun Uni­ted tetap layak ke perlawanan akhir memandangkan mereka menang 6-2 pada pertemuan pertama, sekali gus mara dengan agregat 8-5.

Solskjaer mengakui kecewa dengan keputusan itu, namun tetap gembira apabila menyaksikan Cavani berjaya menjalankan tanggungjawab merobek pintu gol pasukan tuan rumah.

“Faktor utama kami berjaya sampai ke tahap ini adalah di­sebabkan kami memiliki seorang penyerang yang berkaliber. Dia (Cavani) menjaringkan empat gol pada aksi separuh akhir ini.

“Dia juga buktikan mengapa kami sangat mengharapkan dia kekal di sini. Saya juga berharap pemain-pemain lain jadikan Cavani sebagai panduan,” kata Solsk­jaer.

Pada masa sama, pengendali dari Norway itu turut menghamburkan pujian terhadap penjaga gol, David De Gea yang banyak menafikan percubaan jentera serangan Roma.

“Kami banyak hilang bola pada perlawanan ini, namun saya lega kerana kami memiliki penjaga gol terbaik dunia. Dia perlu kekalkan aksi seperti ini jika mahu beraksi di final,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI