fbpx

Mercun bernilai hampir setengah juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
kapsyen - Sebahagian daripada 451 kotak mengandungi mercun yang dirampas menerusi Ops Kontraban di sebuah premis di Sungai Tangkas, Kajang semalam.

KAJANG – Sebanyak 451 kotak mengandungi mercun pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM507,700 berjaya dirampas dalam serbuan Ops Kontraban di sebuah premis di Jalan Bistari, Taman Universiti, Sungai Tangkas, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batilion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Superintendan Rizal Mohamed berkata, turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang adalah seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menemui dan merampas sebanyak 451 kotak mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM507,700 di lokasi terbabit.

“Semakan mendapati semua mercun berkenaan tidak tersenarai sebagai mercun yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Rizal, turut dirampas adalah beberapa unit telefon bimbit pelbagai jenama yang menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM509,600.

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, 1957 (Akta 207).

“Tangkapan dan rampasan ini dipercayai berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyimpanan dan pengedaran mercun di sekitar Lembah Klang,” ujar beliau.

Tambah Rizal, masyarakat diseru memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI