fbpx
Plastik hitam berisi ganja seberat 11 kg yang ditinggalkan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Baru Lubok Stol, Pasir Mas semalam. Foto IHSAN PGA

Penyeludup tinggal plastik berisi 11 kg ganja dalam ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Sindiket penyeludupan tidak sempat mengaut keuntungan hasil mengedar 11 kilogram (kg) ganja bernilai RM33,000 selepas kesemua dadah tersebut yang ditinggalkan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Baru Lubok Stol, di sini dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.

Kesemua dadah tersebut dijumpai oleh PGA semasa menjalankan pemerhatian menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan ladang tersebut kira-kira pukul 7 pagi.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai satu bungkusan plastik hitam yang disyaki mengandungi dadah diletakkan di kawasan semak di sekitar ladang kelapa sawit itu.

Katanya, anggota PGA menjalankan pemerhatian selama hampir 10 jam di kawasan tersebut dan didapati tiada sebarang pergerakan mencurigakan di ladang tersebut.

“Serbuan dijalankan kira-kira pukul 4.30 petang sebelum menjumpai 13 ketulan mampat yang terdiri daripada 11 kg dadah jenis ganja bernilai RM33,000 di dalam plastik itu.

“Keberadaan anggota PGA terlalu lama di kawasan tersebut berkemungkinan telah dihidu atau dikesan oleh pihak penyeludup,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kawasan itu merupakan laluan utama orang awam dan agensi penguatkuasaan sempadan lain untuk menjalankan operasi.

Menurutnya, siasatan mendapati, kesemua dadah tersebut dipercayai ditinggalkan di kawasan ladang kelapa sawit itu dalam keadaan tergesa-gesa.

Tambahnya, dadah tersebut disyaki ditinggalkan sebelum ia akan diambil oleh pihak lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN