fbpx
Azam Baki.

Ugutan jenayah Azam Baki terhadap Albert Tei diklasifikasi NFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Siasatan kes ugutan jenayah membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap ahli perniagaan Albert Tei diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyatannya hari ini berkata, NFA itu dibuat selepas AGC meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung aduan yang dbuat oleh Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan. Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action atau tiada tindakan lanjut),” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Azam mengesahkan beliau telah memberikan keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, berhubung dakwaan Albert Tei.

Terdahulu media turut melaporkan PDRM dijangka merakam percakapan Azam dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar dilaporkan berkata, Albert Tei membuat laporan polis pada 13 Mei lalu dengan mendakwa beliau diugut melalui peguamnya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Menurut Azam, beliau memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM, namun menafikan semua dakwaan oleh Albert Tei sepanjang proses rakaman terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN