fbpx
Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) meninjau pameran lembu sado pada Majlis Perasmian Karnival Kebajikan Haiwan Dan Himpunan Lembu Sado di Alor Setar, hari ini.

‘Kalau saya betul, saya takut apa’ – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR- “Hujung dunia pun saya pergi kalau saya betul, saya takut apa.”

Demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa beliau melemparkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah kempennya di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu mendakwa, beliau hanya menyentuh perkara berkaitan sejarah Tanah Melayu dalam ucapan tersebut, namun dimanipulasi dengan mengambil sebahagian daripada kenyataan sebelum ditambah atau ditafsirkan mengikut kepentingan pihak berkenaan.

“Semua ada dalam ucapan saya. Ucapan saya jelas, berbutir dan terus terang. Butirannya jelas tetapi ada pihak yang mahu memanipulasi dengan mengambil sekerat, dia ulas dan menambah sendiri sebelum menjadikannya isu.

“Kalau yang faham Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia, duduk lama di sini takkan Bahasa Malaysia pun tak faham. Saja digembar-gemburkan untuk meraih keuntungan politik untuk memburukkan saya lah kut.

“Saya cerita pasal sejarah, fakta tu boleh diperiksa, boleh ulang periksa di mana-mana buku pakar-pakar sejarah semua benda yang sama,” katanya selepas hadir pada Majlis Perasmian Karnival Kebajikan Haiwan Dan Himpunan Lembu Sado Malaya Anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Darul Aman di Taman Jubli Emas, di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang kenyataan beberapa pemimpin parti yang menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan ke atasnya atas dakwaan mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dalam satu ceramah di Negeri Sembilan.

Muhammad Sanusi menambah, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba memanipulasi isu berkenaan dan meminta orang ramai supaya menonton sendiri rakaman video asal bagi mengetahui perkara sebenar.

“Saya tak sebut benda yang tidak ada. Benda yang fakta saja. Siapa-siapa yang cuba untuk memanipulasi isu ini untuk kepentingan politik, saya akan saman. Saya akan buat laporan polis balas, saya akan ambil tindakan undang-undang untuk membetulkan perjalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN