fbpx

Tindakan mempersenda mufti dicela syarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasrudin

PUTRAJAYA – Tindakan menidakkan serta mempersenda dengan perilaku dan perkataan yang tidak beradab terhadap mufti adalah suatu yang keterlaluan dan dicela pada syarak.

Itu penjelasan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan terhadap segelintir masyarakat yang mengeluarkan kata-kata tidak beradab terhadap Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah susulan isu hukum merentas negeri dikeluarkan semalam.

Nasrudin menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, tidak mengapa untuk berbeza pendapat dengan mufti jika anda mempunyai hujah bersandar nas yang jelas dan benar.

“Mufti selayaknya dihormati sebagaimana kita menghormati urusan kesihatan apabila ia diungkap oleh doktor pakar. Kita menghormati urusan kewangan apabila ia diungkap oleh pakar ekonomi.

“Mufti bukan sahaja memiliki autoriti, malah mempunyai kepakaran di dalam bidangnya kerana mereka menjunjung satu institusi yang sangat penting khususnya membabitkan pelaksanaan dan rujukan syariat Islam,” katanya.

Nasrudin berkata, kenyataan mufti sepatutnya dinilai dengan beradab walaupun tidak mahu menerima pendapat yang dikeluarkan daripadanya.

“Ini lebih malang yang lantang mempertikai dengan nada lancang dan tidak manis adalah dalam kalangan mereka yang tidak mendalami ilmu agama.

“Selayaknya, jika mereka gagal memahami sesuatu kenyataan yang melibatkan hukum dalam sesuatu isu, hendaklah mengambil sikap bertanya dan merujuk kembali kepada pejabat mufti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI