fbpx
NIGERIA

5 negara paling ‘kuat’ sembahyang setiap hari, No.2 tak disangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP agama menganjurkan ibadah tertentu untuk diamalkan oleh penganutnya. Salah satu amalan terbesar ialah sembahyang yang banyak dilakukan oleh semua penganut agama tetapi yang membezakan adalah kaedah dan tatacara tersendiri.

Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan solat lima kali sehari iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Bagi agama-agama lain pula, sembahyang merujuk kepada amalan berdoa, memberi penghormatan atau membuat persembahan kepada dewa, roh atau nenek moyang.

Pada minggu ini, CitaRasa kongsikan lima negara yang masyarakatnya paling banyak sembahyang setiap hari menurut portal
Seasia.stats dan Globalstats11 berdasarkan Survei Pew Research and World Bank.

1- Indonesia – 95%

INDONESIA berada di kedudukan teratas berdasarkan kajian tersebut dengan 95 peratus responden dalam kajian itu yang sembahyang setiap hari.

Ia tidaklah menghairankan memandangkan statusnya sebagai negara populasi Muslim terbesar dunia dengan bilangan 242 juta. Majoriti masyarakat di Indonesia memeluk agama Islam iaitu melebihi 87 peratus daripada jumlah populasi. Di samping itu, terdapat agama-agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha.

Islam mewajibkan solat lima waktu. Masyarakat Indonesia mempunyai budaya sembahyang yang mendalam, salah satunya disebabkan prinsip pertama ideologi kebangsaan, Pancasila iaitu Ketuhanan Yang Maha Esa. Kepercayaan terjalin erat dalam budaya dan ritual keagamaan berfungsi sebagai cara untuk mengekalkan keharmonian, menghormati generasi yang lebih tua dan meraikan kehidupan.

2- Kenya – 84%


KAJIAN meletakkan Kenya berada di tangga kedua dengan peratusan 84 peratus. Sembahyang perkara penting di Kenya kerana berfungsi sebagai kuasa penyatuan, perisai rohani ketika pergolakan politik sering terjadi serta wahana untuk mencari kestabilan ekonomi dan hujan.

Dengan populasi kira-kira 80 peratus beragama Kristian, sembahyang memainkan peranan besar dalam struktur sosial dan politik negara itu. Biarpun menganut Kristian, mereka banyak dipengaruhi ibadat cara ritual puak.

Rakyat Kenya disifatkan sembahyang secara agresif. Mereka mampu sembahyang dalam tempoh panjang termasuk sepanjang malam dengan menangis atau meraung kepada Tuhan. Selain itu, sembahyang sangat berkaitan dengan tradisi dan nilai-nilai Kenya. Banyak keluarga mengajar kanak-kanak sembahyang sejak usia muda.

3- Nigeria – 84%

KETIGA ialah Nigeria dengan 84 peratus. Dua agama utama di Nigeria ialah Islam dan Kristian dengan peratusan kira-kira 50-50. Dalam satu artikel berjudul Why Do Nigerians Pray So Much menceritakan, bukan sahaja umat Islam yang bersolat pada waktu subuh, bahkan rakyat Kristiannya juga rajin bersembahyang pada waktu awal pagi atau ‘morning devotion’ sehingga panggilan azan dan seruan sembahyang orang Kristian bertembung pada hening pagi.

Bagi masyarakat Nigeria, sembahyang melangkaui kewajipan agama tetapi ia adalah mekanisme daya tahan yang penting untuk terus hidup. Bergelut dengan inflasi dan perkhidmatan awam yang tidak boleh dipercayai, sembahyang memberikan sokongan emosi penting. dan menawarkan harapan apabila institusi lain gagal.

4- Malaysia- 80%


DI tempat keempat ialah Malaysia iaitu negara yang mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya. Walaupun Islam adalah agama rasmi, Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama untuk semua warganegara.

Selain Islam, agama utama lain di Malaysia ialah Buddha, Kristian dan Hindu.

Masyarakat di Malaysia memandang solat sebagai asas kehidupan dengan 80 peratus orang di negara ini sembahyang setiap hari. Hubungan mendalam dengan kepercayaan ini didorong oleh kepelbagaian pelbagai etnik negara, komitmen agama dalam Perlembagaan, rutin ibadah harian dan solat yang bertindak sebagai kuasa penyatuan merentasi budaya.

5- Filipina – 79%

KELIMA ialah Filipina dengan peratusan 79 peratus. Orang Filipina kerap sembahyang kerana amalan itu tertanam kuat dalam identiti budaya dan peribadi mereka. Kajian mendapati, 79 peratus di Filipina sembahyang setiap hari. Berakar umbi dalam sejarah penjajahan Sepanyol selama berabad-abad, agama Katolik meresap ke dalam kehidupan seharian. Majoriti masyarakatnya menganuti Kristian (terutama Katolik Roman), Protestan, Islam, Buddha dan Hindu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN