fbpx

Angkara hutang kawan, lelaki cedera ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Gara-gara rakannya lari daripada membayar hutang, seorang lelaki menjadi mangsa apabila diserang dua individu bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai makan di Jelutong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang merupakan pembantu kedai berusia 20 tahun cedera parah selepas ditetak pada tangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mangsa diserang dua lelaki terbabit ketika sedang bekerja di restoran milik ibunya.

“Dia didatangi dua lelaki yang berkereta sebelum diserang dengan parang sehingga putus urat salur darah pada tapak tangan kiri serta cedera pada kepala dan badan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Soffian berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian itu disyaki berpunca akibat hutang yang dibuat rakan mangsa yang menghilangkan diri.

“Mangsa sebelum ini sering didatangi beberapa lelaki yang menuntut hutang dan pernah didatangi empat lelaki empat bulan lepas,” katanya.

Bagaimanapun jumlah hutang yang dibuat rakan mangsa itu masih dalam siasatan pihak polis.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI