fbpx
Pengebumian arwah berlangsung di Tanah Perkuburan Islam Pasir Pandak di Lekir tengah malam tadi. - IHSAN SAP

Mangsa tikaman dikebumikan di Pasir Pandak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Lelaki yang maut ditikam di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, Kampung Gajah semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Pandak, Lekir pada pukul 12 tengah malam tadi.

Pengasas Pertubuhan Saham Akhirat Perak Percuma (SAP), Syamsul Hidzir Mohd. Salehuddin, 37, berkata, pihaknya menguruskan jenazah yang dikenali sebagai Muhammad Fahmi Abdullah, 29, selepas  mendapat panggilan daripada waris mangsa.

“Saya pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi membantu menguruskan jenazah mangsa. Urusan kafan dan solat jenazah bermula pada pukul 10 malam selepas bedah siasat selesai dilakukan oleh pihak hospital.

“Antara lima hingga enam waris mangsa turut membantu dalam urusan kafan sebelum dibawa ke sebuah surau di Pasir Pandak untuk disolatkan sekali lagi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Syamsul Hidzir berkata, jenazah pemuda itu tiba di surau pada pukul 11.20 malam dan solat jenazah disertai oleh ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk. Urusan pengebumian selesai selepas tengah malam.

Menceritakan keadaan jenazah, dia berkata, terdapat satu kesan tikaman di bahagian kanan perut Muhammad Fahmi.

“Selain itu, saya tidak nampak kesan (kecederaan) lain pada tubuhnya,” katanya yang memberitahu proses dari awal hingga akhir pengurusan jenazah tersebut berjalan dengan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN