fbpx

‘Bela’ isteri dengan dadah sejak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri yang ditahan dalam Ops Perdana di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang hari ini. - Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Seorang kelindan lori sanggup ‘membela’ isterinya sejak sekolah dengan membeli barangan termasuk mengajar menagih dadah sebelum dicekup dalam Ops Perdana di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang, hari ini.

Mereka antara 30 individu yang ditangkap dalam operasi selama empat jam bermula pukul 8 pagi. Kesemua mereka berusia 18 hingga 57 tahun positif dadah jenis syabu, ganja dan heroin.

Lelaki dikenali Angah, 57, memberitahu mengenali isterinya yang kini berusia 27 tahun sejak 10 tahun lalu selepas keluar kali kedua daripada pusat pemulihan dadah.

Katanya, ketika itu isterinya yang masih bersekolah sering dibelanjakan dengan pelbagai barangan termasuk pakaian hasil pendapatannya RM80 sehari.

“Selepas bercerai dengan isteri pertama dan baharu keluar daripada pusat pemulihan, saya telah berkenalan dengan isteri sebelum mengajarnya mengenai dadah dan menagih bersama.

“Dalam sehari kami menghabiskan separuh daripada sepeket heroin seberat 0.5gram yang berharga RM40 dengan melepaskan gian di merata lokasi termasuk di rumah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelasnya, dia telah berkahwin sejak empat tahun mendakwa cuba berhenti namun ketagihan selain memerlukan dadah kerana pekerjaan sebagai kelindan lori .

Sementara itu, Pengarah AADK Selangor, Dr. Nazira Sadiron berkata, operasi itu hasil risikan selama tiga minggu dengan Klang merupakan antara 13 kawasan berisiko tinggi selain operasi kedua selepas di Kajang Utama pada bulan lalu.

“Berdasarkan tangkapan ini ada antara mereka terdiri daripada satu keluarga termasuk adik-beradik dan membeli dadah jenis syabu serendah RM5.

“Masalah penagihan dadah yang berleluasa ini adalah disebabkan harga yang murah untuk dimiliki dan sikap bersuka-suka sebelum mengalami ketagihan teruk dengan perlu mendapatkan dos yang lebih,” katanya.

Justeru, beliau berharap kerjasama daripada semua pihak termasuk orang awam dalam menghantar ahli keluarga mereka secara sukarela sebelum pihaknya mengetuk pintu rumah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI