fbpx
Pemegang rekod kebangsaan, K. Prabudass (kanan) bakal membuat penampilan sulung pada SCORE Marathon 2026, Julai depan.

50,000 pelari gegar SCORE Marathon 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – SCORE Marathon 2026 terus mencipta fenomena apabila bakal menghimpunkan seramai 50,000 peserta, sekali gus muncul sebagai acara larian terbesar di Malaysia setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management, Patricia Tan berkata, angka tersebut bukan sekadar pencapaian, tetapi simbol perubahan landskap sukan larian tempatan.

“Apa yang kita lihat sekarang bukan sekadar peningkatan jumlah peserta, tetapi perubahan cara masyarakat mendekati sukan ini, daripada pelari kali pertama kepada mereka yang mengejar prestasi,” katanya.

Acara yang dijadual berlangsung di Dataran Putrajaya pada 18 dan 19 Julai itu bakal mempertandingkan empat kategori utama iaitu 5 kilometer (km), 10km, separuh maraton (21km) dan maraton penuh (42km).

(Dari kiri) Chai Tze Siang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia; Patricia Tan, Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang; serta bekas Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming merasmikan pelancaran SCORE Marathon 2026 di Lumi Tropicana, hari ini.

Lebih menarik, edisi kali ini turut menampilkan barisan pelari elit serantau termasuk pemegang rekod kebangsaan separuh maraton Malaysia, K.Prabudass serta jaguh Singapura, Soh Rui Yong.

Prabudass yang akan membuat penampilan sulung di SCORE Marathon mengakui teruja meskipun masih dalam proses kembali ke tahap terbaik selepas kecederaan.

“Tahun ini merupakan kali pertama saya menyertai SCORE Marathon, jadi saya memang teruja dan tidak sabar, lebih-lebih lagi akan berlari bersama rakan saya, Soh Rui Yong dari Singapura,” katanya.

Menurutnya, laluan berbukit di Putrajaya menuntut persiapan rapi dan bukan lokasi ideal untuk memburu rekod, namun pelari itu tetap meletakkan sasaran peribadi untuk mencatat masa terbaik musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN