fbpx
Tangkap layar dakwaan yang dimuat naik oleh pihak tertentu mengenai latar belakang status bapa salah seorang suspek kes bunuh seorang gadis di Ketereh pada Jumaat lalu.

Polis nafi bapa suspek kes bunuh 61 tikaman pegawai kanan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Bapa kepada salah seorang remaja yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang gadis maut dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan Kampung Simah, Ketereh di sini pada Jumaat lalu bukan pegawai kanan berpangkat tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri ketika dihubungi menafikan dakwaan tular melibatkan suspek berusia 19 tahun itu di media sosial.

“Dakwaan itu tidak benar. Ini masalahnya. Selagi perkara itu tidak dikeluarkan oleh polis, jangan percaya. Netizen ini kadang-kadang siasat melebihi pihak polis,” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran dimuat naik di media sosial yang merujuk kepada kes seorang remaja ditemukan mati dengan 61 tikaman.

Hantaran itu mendakwa, bapa suspek merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, empat individu termasuk pasangan suami isteri warga emas direman bagi membantu siasatan berhubung kes seorang gadis berusia 19 tahun yang dibunuh sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini pada Jumaat lalu.

Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid membenarkan dua lelaki berusia 19 tahun masing-masing menjalani tahanan reman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu hingga Jumaat ini.

Pasangan suami isteri berusia 66 tahun dan 60 tahun yang ditahan reman selama tiga hari dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati, ada sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan.

Menurutnya, mangsa juga memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘Syaa’, seutas rantai tangan pada pergelangan tangan kiri dan sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN