fbpx
Pemandu lori (tengah) ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Nahas maut LPT2: Pemandu lori direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Pemandu lori berusia 47 tahun yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan seorang juruteknik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Hentian Kijal pada kelmarin direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, suspek yang berasal dari Permaisuri, Setiu telah dibenarkan keluar wad kelmarin setelah menjalani rawatan di Hospital Kemaman di sini.

“Ujian urin mendapati dia negatif pengaruh dadah malah tidak memiliki rekod jenayah lampau. Suspek disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan nahas yang berlaku pada pukul 6 petang itu melibatkan lori dipandu suspek, kenderaan pikap, Mitsubishi Triton dinaiki mangsa, Rosli Yusuf, 54, dan dua anak perempuan serta sebuah kenderaan utiliti sukan, Proton X50.

Nahas berlaku setelah lori terlibat dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh kenderaan dinaiki Rosli dan anak-anaknya. Dua kenderaan itu kemudiannya terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh Proton X50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN