fbpx
VAN persiaran yang membawa pelancong warga India terbabas dan terbalik di bahu jalan selepas dipercayai hilang kawalan di Kilometer 213.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), pagi tadi.

Van bawa 8 pelancong warga India terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Sebuah van persiaran yang membawa lapan pelancong warga India terbabas sebelum terbalik di Kilometer 213.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.18 pagi itu kesemua mangsa bagaimanapun, dilaporkan terselamat dengan dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bergegas ke lokasi.

Menurutnya, kenderaan jenis Toyota Hiace berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di bahu jalan.

“Dua kanak-kanak lelaki dan pemandu mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Manakala penumpang lain dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN