fbpx
Orang awam melakukan pertolongan cemas ke atas mangsa yang terjun dari Jambatan Permas, Permas Jaya, di sini petang semalam. /FOTO IHSAN PEMBACA

Lelaki terjun sungai gara-gara masalah keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Dibelenggu masalah keluarga disyaki faktor yang mendorong seorang lelaki terjun dari Jambatan Permas dalam kejadian di Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya, di sini petang semalam.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu gagal apabila dia berjaya diselamatkan orang awam daripada mati lemas di sungai tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu kira-kira pukul 7 malam.

“Hasil soal siasat ke atas isteri dan ahli keluarganya mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh masalah keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

“Bagaimanapun dia kemudiannya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami masalah jantung dan air berlebihan dalam badan. Dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE