fbpx

Milan mantap Zlatan kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZLATAN terlepas aksi pertama menentang United pada aksi pertama minggu lalu. – AFP

MILAN – Bintang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic mampu menjadi ‘duri dalam daging’ buat Manchester United selepas dilaporkan kembali menjalani latihan menjelang aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa di San Siro awal pagi esok.

Zlatan, 40, terlepas peluang membuat reunion bersama The Red Devils di Old Trafford sewaktu aksi pertama ming­gu lalu selepas pernah me­nyarung jersi gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dari 2016 hingga 2018.

Ketiadaan Zlatan di­sebabkan masih belum pulih daripada kecederaan otot paha menyaksikan jentera serangan Milan tumpul dan tidak agresif biarpun berjaya juga mengikat United 1-1 pada aksi tersebut.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Milan, Stefano Pioli dikatakan sanggup mengambil risiko menurunkannya walaupun baharu sempat menyertai satu sesi latihan penuh bersama skuad utama.

Ia mungkin satu pertaruhan terbaik buat Milan memandang­kan Zlatan bersemangat tinggi untuk menutup mulut para pengkritik yang mempertikaikan namanya kembali disenaraikan dalam Sweden walaupun sudah bersara sejak lima tahun lepas.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Sweden, Janne Ander­sson menganggap Ibrahimovic adalah penyerang paling prolifik negara itu ketika ini berdasarkan kecemerlangannya meledak 14 gol daripada 14 aksi bersama Milan.

“Dia (Zlatan) adalah yang terbaik di Sweden buat masa ini. Selain prestasinya, kami juga memerlukan pe­ngalamannya untuk membantu pemain-pemain dalam pasukan ini,” kata Andersson.

Walaupun sudah berusia 40 tahun, namun prestasi Zlatan masih kekal berada pada tahap terbaik apabila sudah meledak 16 gol daripada 21 perlawanan musim ini walaupun terlepas 20 aksi disebabkan kecederaan dan positif Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI