fbpx

Mindef bakal bentang dua lagi projek perumahan ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan dijangka membentangkan cadangan pembangunan dua projek perumahan di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran di Kem Genting Klang dan Kem Wardieburn untuk kali kedua bagi kelulusan majlis jemaah menteri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua projek itu telahpun diluluskan secara prinsip oleh majlis jemaah menteri pada 7 Ogos tahun lalu.

“Kementerian Pertahanan telah menyasarkan sehingga tahun 2030, untuk melaksanakan pembinaan sebanyak 25,000 buah rumah untuk warga ATM dan veteran.

“Sebagai permulaan, sejumlah 3,500 unit rumah jenis pangsapuri akan dibina di Sungai Besi,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Pecah Tanah Program SASaR di Kem Transmitter, Sungai Besi, di sini hari ini.

Jelasnya, pelaksanaan projek di Sungai Besi ini menggunakan konsep kerjasama dengan pihak swasta di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi kegunaan ATM dan dijangka akan memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

“Selain projek ini, kementerian turut sedang mengusahakan projek kedua yang telah diluluskan secara prinsip oleh majlis jemaah menteri pada 7 Ogos 2020. Perumahan SASaR ini akan dibangunkan di lokasi Kem Genting Klang dengan keluasan 27.9 hektar.

“Seterusnya, projek SASaR Wardieburn merupakan projek ketiga yang telah diluluskan secara prinsip oleh majlis jemaah menteri pada 7 Ogos 2020 bersama-sama projek SASaR Genting Klang. Projek ini akan dibangunkan di sebahagian kawasan kem Wardieburn dengan keluasan 2.6 hektar,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI