fbpx

Kapal kargo asing buang sisa kumbahan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej kapal kargo asing yang membuang sisa kumbahan dirakam dari pesawat Bombadier Maritim semalam.

LUMUT – Sebuah kapal kargo dari Vietnam ditahan oleh Maritim Malaysia (APMM) selepas disyaki membuang sisa kumbahan berupa sisa minyak di perairan negara tengah hari semalam.

Kapal tersebut dikesan melakukan perbuatan itu pada kedudukan kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, di perairan Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, pesawat Bombardier CL-415 MP telah mengesan aktiviti kapal kargo yang mencurigakan itu dan disalurkan kepada APMM Selangor kerana lokasi kejadian disyaki di dalam perairan Selangor.

“Kapal kargo tersebut dikatakan dalam perjalanan menghala ke utara dan telah memasuki perairan negeri Perak,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Shahrizan, Kapal Maritim (KM) Gagah diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd. Badri Barid Abdullah yang sedang melakukan rondaan di perairan Perak telah dikerahkan serta merta ke lokasi aduan untuk mengesan, memintas serta melakukan penggeledahan secara menyeluruh ke atas kapal tersebut pada awal pagi tadi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, kapal tersebut berdaftar di Haiphong, Vietnam dalam perjalanan menuju ke Eropah dengan dikendalikan 22 kru termasuk master terdiri daripada warga Vietnam berumur lingkungan 30 hingga 65 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Menurut Shahrizan lagi, kapal tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) dan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana membuang sisa minyak ke dalam laut.

Jelasnya, kapal berserta semua kru ditahan di ‘South East Point’ (SEP) perairan Pulau Pangkor bagi tujuan pengambilan sampel minyak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Beliau meminta komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan insiden tersebut agar menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI